Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 26 Oktober 2022 - Hari Kemuncak Sempena Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia Tahun 2022

Jabatan Perkhidmatan Pos telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia yang ke-144 tahun pada hari Rabu, 7.45 malam bertempat di sebuah hotel daerah Brunei Muara.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

Acara sambutan Hari Pos Sedunia dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu Yang Mulia Dr. Rosdi bin Haji Abdul Aziz, Pemangku Ketua Pos Agong.

Majlis pada malam ini juga diselajurkan dengan pelancaran Perkhidmatan Penghantaran Ubat Menggunakan Poslaju dan Pelancaran Projek Rintis Bungkusan Cop Merah yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Perkhidmatan Penghantaran Ubat melalui Poslaju ini adalah koloborasi diantara Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Orang ramai bolehlah mendapatkan tempahan ubat secara atas talian melalui applikasi Que-Up dengan mudah dan harga penghantaran adalah berpatutan dan kompetitif.

Bagi Projek Rintis Bungkusan Cop Merah pula, ianya adalah usaha bersepadu diantara Jabatan Perkhidmatan Pos bersama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Ini adalah merupakan usaha Jabatan Perkhidmatan Pos untuk memberikan perkhidmatan penyerahan paket dan bungkusan biasa dan diharap akan dapat mengurangkan masa pengambilan bungkusan merah juga boleh meningkatkan produktiviti, serta membolehkan penghantaran melalui cawangan – cawangan Pos di seluruh negara.

Perubahan dan Inovasi adalah perlu bagi Jabatan Perkhidmatan Pos bagi melangkah maju kehadapan sesuai dengan perubahan semasa. Oleh itu, model perniagaan Jabatan Perkhidmatan Pos perlu melalui perubahan dan peralihan semasa dengan pelancaran kedua perkhidmatan tersebut.

Diantara perisian majlis Sambutan Hari Pos Sedunia pada malam ini ialah permakluman Anugerah Terbaik sempena Hari Pos Sedunia 2022, dan cenderamata kepada Warga Pos 30 tahun perkhidmatan dan warga pos yang bersara. Anugerah-anugerah dan cenderamata tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Infokomunikasi. Anugerah-anugerah tersebut adalah sebagai galakan dan motivasi kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos untuk berusaha lebih gigih dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian masing-masing serta amanah dalam membuat sesuatu pekerjaan yang diarahkan. Ianya juga diharapkan dapat menyunting semangat kepada semua warga pos untuk kekal berusaha didalam memberikan perkhidmatan cemerlang kepada semua pelanggan-pelanggan dan seterusnya memartabatkan reputasi baik Jabatan Perkhidmatan Pos.

Tema sambutan pada tahun 2022 ialah "Post For Planet". Tema berkenaan adalah memberikan kesedaran akan kepentingan peranan pos kepada alam sekitar dan impak akibat daripada aktiviti seharian yang boleh mendorong kepada perubahan iklim. Tema pada tahun ini juga adalah demi mendokong matlamat United Nations Sustainable Development Goals ke arah pesekitaran yang berdaya tahan.

Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Bahagian Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Pengarah-pengarah Bahagian di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Eksekutif, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos.


Attachments