Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 13 Oktober 2022 - Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak Berkuasa Dibawahnya
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasalam peringkat Kementerian dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta pihak Berkuasa dibawahnya. Majlis telah diadakan pada hari Khamis, 13 Oktober 2022, pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. 

Hadir di majlis itu ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah yaasin dan tahlil diketuai oleh Yang Mulia Imam Haji Md. Zahid Bin Haji Mohd Zain, Imam Masjid Sufri Bolkiah. Bacaan berkenaan adalah dikhususkan untuk warga pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak Berkuasa dibawahnya yang telah kembali kerahmahtullah. Majlis juga diteruskan dengan ceramah khas yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa UNISSA yang membawakan tajuk ceramah iaitu “Mencintai Rasulullah Untuk Syafaat”. Majlis tersebut juga diraikan dengan persembahan “Dikir Marhaban” yang dibawakan oleh pendikir gabungan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak Berkuasa dibawahnya. 

Majlis ini juga telah diselajurkan dengan penyerahan cenderhati kepada pendikir yang telah diwakilkan berdikir bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi yang khususnya diadakan pada hari kemuncak Mauludir Rasul peringkat seluruh Negara yang telah diraikan pada 8 Oktober 2022. Pada majlis tersebut, cenderahati juga telah diberikan kepada jurulatih dikir iaitu Yang Mulia Ustaz Awang Haji Muslim bin Haji Abdul Razak. 

Turut hadir ialah, Pengarah-pengarah Bahagian di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Eksekutif, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatanjabatan serta Pihak Berkuasa dibawahnya. 



Disediakan oleh: 
Jabatan Perkhidmatan Pos 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi





Attachments