Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 28 Rabiulawal 1440H/06 Disember 2018M - Taklimat "Defensive Riding: Embrace 5P & 3P while Riding and Driving"

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) dengan kerjasama Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA) petang ini mengadakan Taklimat 'Defensive Riding' sebagai salah satu lagi acara yang disusun sepanjang Minggu Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalan Raya 2018 yang bertempat di Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Sungai Akar.

 

Seramai 42 peserta dari keempat daerah hadir ditaklimat berkenaan. Taklimat disampaikan oleh Md Shahrin bin Shahbudin, Naib Yang Di-Pertua (NYDP) PEMODA. Turut hadir ialah Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Pemangku Pengarah JPD dan Pegawai-Pegawai serta kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Ahli-Ahli Sekretariat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya.


 

Taklimat menekankan kepentingan mengamalkan kaedah 5P iaitu Periksa, Patuh, Pakai, Peka dan Pandai apabila menunggang motosikal samaada berseorangan atau berkumpulan. Sementara itu kaedah baru yang diperkenalkan ialah 3K iaitu Kongsi, Kenal dan Kawal bagi para pemandu kenderaan untuk sama2 bertanggungjawab dan saling faham mahami apabila berada dijalanraya apabila terdapat pengguna jlnraya yg lain seperti motosikal, basikal dan pejalan kaki.

 

Acara ini adalah salah satu inisiatif berterusan MKKJR dalam usahanya meningkatkan kesedaran, keprihatinan serta menghormati pengguna jalanraya terutama 'vulnerable road users' khususnya penunggang motorsikal demi meningkatkan keselamatan jalan raya.

 

Acara ini juga diselajurkan dengan 'Road Safety Pledge' bagi semua peserta yang hadir. 'Road Safety Pledge' adalah kempen bagi pengguna-pengguna jalan raya membuat ikrar dalam sama-sama menjaga keselamatan jalan raya, iaitu: Tanggungjawab untuk menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu bagi pemandu dan SEMUA penumpang dihadapan dan belakang; Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu; Mematuhi had laju di jalan raya; Jangan memandu dibawah pengaruh alkohol atau ubat-ubatan; Menggunakan topi keledar dan pakaian yang bersesuaian bagi penunggang basikal dan motosikal semasa berada di jalan raya; Berwaspada terhadap pengguna jalan raya yang terdedah seperti pelari dan pejalan kaki; dan memastikan keadaan tayar kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.


Attachments