Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 26 Rabiulawal 1440H bersamaan 04 Disember 2018M - Acara Promosi untuk Aktiviti The Remembrance: Walk, Run, Cycle 2019
Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) dengan kerjasama Heroes Event Management petang ini telah mengadakan acara Promosi untuk Aktiviti The Remembrance: Walk, Run, Cycle 2019 sebagai salah satu lagi kempen yang disusun sepanjang Minggu Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalan Raya 2018. Acara promosi ini diadakan di Giant Tasek Rimba. 

Acara ini juga diselajurkan dengan mengajak orang ramai untuk berikrar (pledging) untuk:

(a) memandu tidak melebihi had laju, 

(b) tidak mengunakan telefon bimbit semasa memandu, 

(c) memakai talipinggang keledar semasa memandu, 

(d) tidak memandu dibawah pengaruh alkohol dan ubat-ubatan yang menghayalkan.

(e) memastikan tayar kenderaan sentiasa dalam keadaan yang baik.

(f) awas dan berhati-hati terhadap pengguna jalanraya berisiko tinggi yang lain dan

(g) memakai topi keledar semasa menunggang motosikal dan basikal

Dan yang penting jua ialah berikrar yang keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

Hadir bagi mendukung acara tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Osman bin Haji Md Jair, Pengerusi BITA selaku Ambassador MKKJR. Turut sama menjayakan acara ialah Yang Mulia Dr Haji Supry bin Haji Ag. Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan selaku Setiausaha MKKJR berserta Pegawai-Pegawai Kementerian Perhubungan dan Sekretariat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya.


Pomosi yang diadakan pada hari ini adalah usaha awal bagi menjemput orang ramai untuk menyertai acara The Remembrance: Walk, Run, Cycle yang akan berlangsung pada minggu pertama bulan februari 2019. 



Acara ini juga adalah salah satu inisiatif berterusan MKKJR dalam usahanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya terutama dalam memberi dorongan kepada orang ramai agar menanamkan sifat keprihatinan dan menghormati pengguna jalanraya yang lain, khususnya pemandu kenderaan, penunggang-penunggang motosikal, basikal, pelari dan pejalan kaki di jalan raya.

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Awam
KementerianPerhubungan


Attachments