Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 04 September 2018 - Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya meneruskan Pemberigaan Keselamatan Jalan Raya melalui Youth Program Outreach Ke PTE Meragang

Meragang, - Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam (MKKJR) meneruskan program pemberigaannya mengenai keselamatan jalan raya melalui Youth Outreach Program dengan sasaran kepada penuntut-penuntut di Pusat Tingkatan Enam Meragang pada petang tadi. Program ke IPT, PTE dan sekolah-sekolah ini adalah satu lagi inisiatif MKKJR mensasarkan pemberigaan keselamatan jalanraya kepada golongan belia dan khusus pada petang ini bagi penuntut yang bakal mengambil lesen memandu mereka selepas tamat pengajian mereka tahun ini.

 

Kempen yang berunsurkan forum dan dialog ini berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan serta persediaan kaum belia tentang pemanduan yang selamat di jalan raya melalui forum yang bertajuk "Are You Ready To Be On The Road?".

 

Hadir bagi sama-sama menjayakan dan mendahului forum dan dialog ini ialah Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ambassador MKKJR dan Dr Haji Supry bin Haji Ag Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan selaku Setiausaha Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya beserta pegawai dan kakitangan Urusetia MKKJR. Mendokong kempen ini juga ialah Pengetua PTEM, guru-guru dan kakitangan PTEM.

 

Youth Outreach Program ini menyentuh mengenai aspek-aspek pemanduan yang selamat serta pentingnya mematuhi undang-undang jalanraya, sentiasa memandu dengan had laju yang ditetapkan, sentiasa menggunakan talipinggang keledar semasa memandu dan semasa menjadi penumpang dalam kenderaan; sentiasa mematuhi had laju di jalanraya; memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik; jangan memandu dibawah pengaruh dadah ataupun alcohol dan menghormati pengguna jalanraya yang lain seperti penunggang motosikal, basikal dan pejalan kaki. 

Bagi persediaan belia di institusi pengajian tinggi yang bakal mendapatkan lesen memandu dalam masa terdekat, program Youth Outreach ini sesuai dengan tajuk forum yang disampaikan berhasrat untuk menerapkan pengetahuan dan kesedaran mengenai pentingnya memandu dengan berhemah, berdisiplin dan bertimbang rasa semasa berada di jalan raya.

 

Disediakan oleh:

Sekretariat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN


Attachments