Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 15 Mei 2018 - Pertumbuhan Trafik Udara berkait rapat dengan sektor Pelancongan
Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dalam usaha meningkatkan imej dan prasarananya hari ini mengadakan Majlis Pelancaran Skrin Besar bertempat di Dewan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).

Hadir bagi melancarkan Skrin Besar pada petang tadi ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelacongan dan Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan yang kemudiannya dibawa meninjau kemudahan-kemudahan pelancongan yang terdapat di ruang legar Dewan Ketibaan Lapangan Terbang. 



Turut hadir Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Arsad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, selaku President Brunei Association of Travel Agent.

Pelancaran Skrin Besar ini merupakan antara usaha meningkatkan lagi sektor penerbangan awam amnya dan kualiti prasarana Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei khasnya melalui penyediaan perkhidmatan bagi menyalurkan peningkatan promosi dengan menggunakan papan-papan maklumat digital. Melalui skrin besar informatif berukuran 7.86m x 4.48m ini, maklumat-maklumat mengenai tempat-tempat menarik dan acara-acara penting yang akan berlangsung sepanjang tahun di negara ini akan dipaparkan dalam usaha untuk juga memudahcara sektor pelancongan sebagai salah satu strategi meningkatkan jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbang kita. Selain itu, maklumat mengenai penerbangan, perkhidmatan, kemudahan-kemudahan yang terdapat di lapangan terbang dan maklumat-maklumat orang ramai juga akan turut sama dipaparkan.




Pengangkutan udara sememangya memberikan kesan yang positif samada secara langsung mahupun tidak langsung kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Dari aspek peningkatan pergerakan penumpang udara dimana dari tahun ke tahun, pertumbuhan trafik telahpun meningkat pada tahun 2017 sebanyak 2.8%. Pertumbuhan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kemajuan prasarana dan kemudahan di Lapangan Terbang serta meningkatnya rangkaian kesalinghubungan dan aktiviti-aktiviti pelancongan yang akan terus diperluaskan daripada 13 perjanjian perkhidmatan udara dengan Negara-negara serantau dan antarabangsa dan 22 rangkaian destinasi masakini. Disamping itu juga, usaha-usaha juga akan diteruskan bagi menawarkan insentif-insentif kepada syarikat-syarikat penerbangan serta meneliti dan mempertingkatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang sedang ditawarkan kepada penerbangan asing yang berkhidmat di Lapangan Terbang Antarabangsa.

Dengan catatan peningkatan kemasukan pelancong sebanyak 18 peratus pada tahun 2017 iaitu seramai 258,955 pelancong berbanding 218,809 pelancong pada tahun 2016, pencapaian ini turut mencerminkan peningkatan keatas sasaran pertumbuhan 10 peratus oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. 

Pemasangan skrin besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ini turut jelas memperlihatkan usaha “going digital” dan mempamerkan inisiatif Jabatan Penerbangan Awam sebagai usaha berterusan melengkapi lagi kemudahan sedia ada seperti Pusat Maklumat Pelancongan. Disamping itu juga, ianya akan dapat menyalurkan berbagai maklumat tambahan termasuk makluman bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan jalan raya dan pengiklanan di Lapangan Terbang Antarabangsa. Peningkatan kualiti prasarana melalui skrin besar ini juga melambangkan inisiatif Jabatan Penerbangan Awam kearah usaha melangkah lebih jauh kehdapan (Going Further) yang diharapkan akan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei lebih kondusif kepada para pelancong dan juga orang ramai bukan sahaja sebagai destinasi riadah sekeluarga tetapi prasarana yang menyediakan pelbagai perkhidmatan penerbangan dan 0kemasyarakatan. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta agensi-agensi berkekepentingan lain dala menarik lebih ramai lagi pelancong melancong ke Negara ini melalui peningkatan kemudahan, perkhidmatan serta promosi pelancongan. 

Attachments