Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 11 Rejab 1438H bersamaan 8 April 2017 - Majlis Penghargaan Perkhidmatan Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Perhubungan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Bagi Tahun 1438H/2017M


SIARAN AKHBAR:

MAJLIS PENGHARGAAN PERKHIDMATAN  PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1438H/2017M

SABTU, 11 Rejab 1438H bersamaan 8 April 2017.

 

Majlis Penghargaan Perkhidmatan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah diadakan di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi seramai 71 Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya dikurniakan Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.  Pingat Kerja Lama (P.K.L) berkenaan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan selaku Tetamu Kehormat majlis.

 

Turut diadakan adalah penyampaian sijil dan cenderahati kepada seramai 45 pesara yang bersara pada tahun 2016. Ini adalah untuk menghargai bakti dan jasa yang disumbangkan sepanjang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bagi menyerikan majlis ini, satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafoor, Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.

 

Turut hadir ialah Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

 

 

Attachments